Panggilan Penyertaan 2026

Pelan Migrasi PQC Kebangsaan Program Inisiatif Sandbox POC PQC 2026

Maklumat Lanjut Program

Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dengan sukacitanya mempelawa syarikat dan organisasi yang berkelayakan untuk menyertai Program POC PQC – Inisiatif Sandbox Pelan Migrasi PQC Kebangsaan 2026. Program ini merupakan sebuah inisiatif strategik di bawah Pelan Migrasi Kriptografi Pasca-Kuantum (Post-Quantum Cryptography - PQC) Kebangsaan 2025–2030 yang bertujuan menyokong pembangunan, pengujian dan penilaian penyelesaian teknologi berasaskan PQC melalui pelaksanaan Proof of Concept (POC) dalam persekitaran sandbox yang selamat dan terkawal.

Maklumat Program

Kelayakan & Objektif

Kriteria kelayakan dan matlamat utama program Sandbox POC PQC 2026.

Siapa Yang Layak

Syarikat atau organisasi yang mendaftar dengan SSM/badan pendaftaran rasmi yang lain.

Mempunyai kod bidang pendaftaran berkaitan keselamatan ICT, kriptografi, atau sistem maklumat.

Mempunyai produk atau teknologi komersial yang sedia dikomersialkan (TRL 4+).

Objektif Program

Menguji keupayaan dan kemandirian teknologi PQC negara dalam menghadapi cabaran keselamatan infrastruktur digital di era komputer kuantum .

Menilai impak dan prestasi calon algoritma PQC standard antarabangsa dan kebangsaan dalam infrastruktur digital sebenar.

Mewujudkan kerjasama teknikal dengan pakar keselamatan siber dari pelbagai sektor organisasi bagi tujuan perkongsian maklumat dan kepakaran.

Mulakan Perjalanan Anda

Sedia Untuk Menyertai?

Daftar akaun baharu dengan maklumat asas organisasi anda dan mulakan proses permohonan hari ini.