Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) ingin mempelawa syarikat/organisasi yang berkelayakan untuk menyertai Program Proof of Concept (POC) Post Quantum Cryptography (PQC) Inisiatif Sandbox Pelan Migrasi PQC Kebangsaan.
Kriteria kelayakan dan matlamat utama program Sandbox POC PQC 2026.
Menguji keupayaan dan kemandirian teknologi PQC negara dalam menghadapi cabaran keselamatan infrastruktur digital di era komputer kuantum.
Menilai impak dan prestasi calon algoritma PQC standard antarabangsa dan kebangsaan dalam infrastruktur digital sebenar.
Mewujudkan kerjasama teknikal dengan pakar keselamatan siber dari pelbagai sektor organisasi bagi tujuan perkongsian maklumat dan kepakaran.
Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai produk ICT yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Syarikat atau organisasi mestilah berdaftar dengan SSM (bagi sektor swasta) atau badan pendaftaran rasmi lain yang berkaitan (untuk entiti akademik atau Government-Linked Company (GLC)). Pengecualian diberikan kepada badan berkanun atau agensi kerajaan.
Mempunyai kod bidang pendaftaran berkaitan keselamatan ICT, kriptografi, sistem maklumat, atau bidang yang bersesuaian. Pengecualian turut diberikan kepada badan berkanun atau agensi kerajaan.
Mempunyai produk sedia ada yang dibangunkan dan mencapai sekurang-kurangnya Tahap Kematangan Teknologi (Technology Readiness Level) TRL 4 dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan.
Penglibatan Peserta Program POC PQC Tahun 2025
Peserta Program POC PQC Tahun 2025 dibenarkan untuk turut serta dalam Program POC PQC Tahun 2026 dengan mengemukakan cadangan teknologi baharu. Peserta Program PoC PQC Tahun 2025 amat digalakkan untuk membantu serta menyokong pelaksanaan dan kejayaan peserta Program POC PQC Tahun 2026.
Syarikat/Organisasi yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem Pengurusan dan Pemantauan Program POC PQC PTPKM di alamat url berikut:
https://pqcsandbox-ptpkm.upm.edu.mySetiap syarikat dibenarkan mengemukakan satu atau lebih cadangan teknologi melalui satu (1) permohonan sahaja dan hanya satu (1) akaun dibenarkan bagi setiap syarikat. Pendaftaran syarikat hendaklah menggunakan no. pendaftaran SSM sebagai ID pengguna sistem.
Sesi Taklimat Program
PTPKM akan mengadakan taklimat mengenai pelaksanaan program pada 28 Ogos 2026 (Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan). Pemakluman mengenai tarikh sesi taklimat ini akan dihantar kepada syarikat yang telah berdaftar di dalam Sistem Pengurusan dan Pemantauan Program POC PQC PTPKM.
Sesi Pembentangan Cadangan Teknologi
Pemohon adalah dikehendaki untuk menghadiri sesi pembentangan bagi membentangkan cadangan teknologi seperti yang dinyatakan di dalam kertas cadangan. Tarikh dan masa sesi pembentangan akan dimaklumkan kelak.
Tempoh Projek
6 Bulan (Sep 2026 โ Feb 2027). Sila kemukakan jadual pelaksanaan projek bagi tempoh pelaksanaan yang dinyatakan.
Daftar akaun baharu dengan maklumat asas organisasi anda dan mulakan proses permohonan hari ini.